saya keliru apa yang sebenarnya berlaku...kata-kata dan tindakan awak sungguh sukar diduga.siapalah saya untuk menilai awak..tetapi saya juga manusia yang punya hati dan perasaan.Cinta itu milik saya..sayang itu saya yang punya..sesungguhnya rindu itu hanya untuk saya.saya kesal kerna telah bertemu cinta yang melukakan sebuah pertalian yang diikat dengan kejujuran dan kepercayaan. Saya bukan mendoakan yang buruk untuk awak...
namun, saya sedar jauh di sudut hati saya betul-betul kecewa dan terluka dengan sikap awak.semoga suatu hari nanti akan ada balasan untuk yang harus menerimanya..awak yang dahulunya terbaik bagi saya kini merupakan mimpi ngeri yang paling buruk pernah berlaku dalam hidup saya. mungkin sukar bagi saya untuk melupakan setiap detik bersama awak, tapi saya mengerti setiap perkara yang berlaku ada hikmah disebaliknya. mungkin dulu saya tidak sedar akan perkara yang disembunyikan mahupun dirahsiakan itu.Tuhan itu maha adil..saya percaya dea telah menciptakan suatu cabaran untuk saya pelajari n fahami.saya tak kan salahkan awak atas segala yang berlaku. walaupun saya sedar betapa bodohnya dipermainkan sampai tahap sebegini. mungkin saya bodoh bagi awak dan sekutu awak, tapi kebodohan itulah kepercayaan dan kejujuran yang saya letakkan pada diri awak dan hubungan kita.. tanpa menyedari semua yang berlaku hanyalah wayang semata. saya takkan mempertikaikan perasaan awak pada saya. biarlah hanya awak dan Tuhan sahaja yang mengetahui kebenaran itu. Mungkin ada yang enak didengar,mungkin juga ada yang perit untuk ditelan nanti. biarlah saya dengan keputusan untuk menjauhi perkara sebenar tersebut. perit saya lalui sekarang, semoga tenang saya kemudian. hari ini barulah saya terjaga dari lamunan harapan yang diselubungi kepalsuan. sudah tiada titisan jernih yang menemani.saya sangat berterima kasih pada yang maha kuasa akan petunjuk yang diberi sebelum saya melangkah lebih jauh hingga tersesat tidak menemukan jalan pulang. saya juga berterima kasih kerna menyelamatkan saya sebelum menyelam lebih dalam ke dalam lautan cinta tak berdasar yang akhirnya melemaskan diri sendiri kerna tak mampu kembali ke permukaan.
No comments:
Post a Comment