tercengang kau melihat ku melangkah pantas.apa kan daya, ku tak mampu menatapi wajah yang dulu pernah ku sayangi sepenuhnya tp tega menghancurkan hati yang telah ku amanahkan untuk kau jaga.
selama ini mungkin aku masih menaruh harapan untuk kau kembali..setiap hari berdoa kau akan mencari kembali cinta yang pernah hilang ini. setiap masa menunggu panggilan dan coretan kemaafan untuk meminta kembali yang telah hilang ini. namun, semalam baru ku sedar. kau bukan lagi yang ku inginkan.bukan ku xmawu kau kembali.tetapi ku tak mampu untuk hadapi andi tiba masa sekali lagi untuk aku hadapi dan tatapi wajah mu itu.
sesalan tak mungkin mampu merubah yang telah terjadi. namun ku mawu kau tahu bahawa aku tidak pernah menyesali pertemuan dan hubungan ini. mungkin banyak konflik dan antara kita, tetapi hubungan ini banyak memberi pengajaran kepada diri ini dan keputusan perjalanan hidup yang dilalui.sukar untuk membuat keputusan namun, keputusan itu jugak lah yang menentukan hala tuju kehidupan.kesukaran itu jugak lah yang mampu memberikan erti sebenar kehidupan. cinta ini mungkin bukan untuk kita, biarlah keputusan ini tetap begini. kalau ada jodoh,kita ketemu kembali.
keputusan ini mungkin mempengaruhi kehidupan ku akan datang. mungkin tiada membawa atau memberi apa-apa perubahan kepada mu. tetapi selagi bernafas dan masih bernyawa, tak mungkin ku maafkan apa yang telah kau buat.andainya memang benar kau berniat untuk mempermainkan aku dari awal lagi, semoga tuhan membalas segala tindakan dan perbuatan kau itu. seandainya tiada niat untuk kau mendustai, ku doakan yang terbaik untukmu walau tak mampu bagi ku untuk memaafkan segala yang telah berlaku. hanya tuhan sahaja yang tahu betapa pedih untuk ku hadapi hari-hari ku tanpa mu. betapa perit perasaan bila dikhianati sedemikian.maafkan aku...aku tak mampu maafkan dirimu.