Friday, August 26, 2011

semalam merubah aku.

begitu banyak kebetulan berlaku semalam,ya.ahernyer tuhan makbulkan jua doa dan hasrat untuk aku bertemunya. sesungguhnya selepas ini tak mungkin aku minta lagi untuk diketemukan dengan manusia penipu itu.rindunyer..berderau darah bila terpandang dea.berbaur perasaan di saat menatap wajahnya.inikah yang aku benci sangat tue?ini kah dea insan yang ku mau hambur dengan kata-kata ku?ternyata ku tidak sekuat yang ku sangka.semakin dekat kelibatnya, semakin jantungku berdebar pantas. ouhh...semuanya diluar kawal!dea la yg ku rindu selama nie...tiba-tiba perasaan benci membuak-buak menguasai diri.AKU BENCI KAU!!!pedihnya bila teringat betapa aku syg kau.ikhlas menyayangi kau sepenuh hati dan setia menemani tetapi akhirnya dibalas dengan kekejaman ini.

lights, love, part of me, quote, quotes

tercengang kau melihat ku melangkah pantas.apa kan daya, ku tak mampu menatapi wajah yang dulu pernah ku sayangi sepenuhnya tp tega menghancurkan hati yang telah ku amanahkan untuk kau jaga.

boy, forget, forgot, leaving, lights

selama ini mungkin aku masih menaruh harapan untuk kau kembali..setiap hari berdoa kau akan mencari kembali cinta yang pernah hilang ini. setiap masa menunggu panggilan dan coretan kemaafan untuk meminta kembali yang telah hilang ini. namun, semalam baru ku sedar. kau bukan lagi yang ku inginkan.bukan ku xmawu kau kembali.tetapi ku tak mampu untuk hadapi andi tiba masa sekali lagi untuk aku hadapi dan tatapi wajah mu itu.

blue, broken, broken heart, burras, edit

sesalan tak mungkin mampu merubah yang telah terjadi. namun ku mawu kau tahu bahawa aku tidak pernah menyesali pertemuan dan hubungan ini. mungkin banyak konflik dan antara kita, tetapi hubungan ini banyak memberi pengajaran kepada diri ini dan keputusan perjalanan hidup yang dilalui.sukar untuk membuat keputusan namun, keputusan itu jugak lah yang menentukan hala tuju kehidupan.kesukaran itu jugak lah yang mampu memberikan erti sebenar kehidupan. cinta ini mungkin bukan untuk kita, biarlah keputusan ini tetap begini. kalau ada jodoh,kita ketemu kembali.

beach, black and white, dress, girl, hair

keputusan ini mungkin mempengaruhi kehidupan ku akan datang. mungkin tiada membawa atau memberi apa-apa perubahan kepada mu. tetapi selagi bernafas dan masih bernyawa, tak mungkin ku maafkan apa yang telah kau buat.andainya memang benar kau berniat untuk mempermainkan aku dari awal lagi, semoga tuhan membalas segala tindakan dan perbuatan kau itu. seandainya tiada niat untuk kau mendustai, ku doakan yang terbaik untukmu walau tak mampu bagi ku untuk memaafkan segala yang telah berlaku. hanya tuhan sahaja yang tahu betapa pedih untuk ku hadapi hari-hari ku tanpa mu. betapa perit perasaan bila dikhianati sedemikian.maafkan aku...aku tak mampu maafkan dirimu.

forget, gift, love, memorie, memories

...entah la...

semalam ku temukan dgn mu
semalam hati ku melara lagi
banyak sudah ku fikir..tentang kita..aku dan kau
teringin ku jalani hari-hari biasa yang selama ini dipenuhi tawa
teringin juga ku lalui hari-hari biasa yang selama ini dihiasi senyuman,bukan tangisan
sebelum ku kenal dirimu aku bahagia
menghargai segala yang ada
setelah ku kenal dirimu,indahnya dunia dihiasi rindu bersama mu
hargai setiap detik bersama
tiba masa ku ketahui tentang mu...
kecewa!
hari yang cerah telah berubah
hari-hari ceria dulunya kini semakin suram
ku tak pernah menyesali pertemuan ini
ku tak mahu membenci diri mu
tapi pedih di hati memaksa ku menghindar, lantas membenci segala tentang kita
rindu ini biar la membenci diri ini
sesungguhnya rindu ini yang telah memperdaya diri ku untuk sukar melupakan mu

Monday, August 15, 2011

semoga betul keputusan ini

sukarnya keputusan ini
sekarang aku perlu hidup dengan keputusan yang aku pilih dan putuskan dulu
aku inginkan dirimu dan temui kamu..mungkinkah terjadi?
aku ingin ungkapkan aku sayang dan cinta kamu...mungkinkah terjadi?
aku ingin ucapkan rindu dan bisikkan di telinga kamu...mungkinkah terjadi?
semua berakhir begitu saja..
ku buang kamu tapi aku masih simpan cinta kamu bersama ku
mustahil untuk memiliki kamu tapi pasti bagi ku untuk simpan rasa cinta itu dalam diri ku
pernahkah kau terasa seakan suatu lintasan di hati, jauh di dalam rongga dada bila teringat akan cinta?
pernahkah kau terasa seakan dunia gelap seketika bila kau teringat tentang dea?
kenapa diciptakan cinta yang begitu rumit untuk kita?
kenapa diwujudkan sayang yang begitu menyeksa untuk kita?
andai kau bukan dea yang punya,akan ku pertahankan semua untuk kita..
andai jodoh kita bersama,ingatlah sayang...ku sentiasa di sini menanti
bersedia untuk mencintai lebih dalam lagi..
andai tiada jodoh kita...sampai disini sahajalah takdir kita.

Sunday, August 14, 2011




i dun know wut i really feel inside..i just feel the pain n can even hardly to breath....but it such a great way to relief if u talked to some1 that able to hear your gloom hearted out stories. talk t0 ur closest fren u trust most n tell em wut u feel inside..

Friday, August 12, 2011

wayang...kah?

saya keliru apa yang sebenarnya berlaku...kata-kata dan tindakan awak sungguh sukar diduga.siapalah saya untuk menilai awak..tetapi saya juga manusia yang punya hati dan perasaan.Cinta itu milik saya..sayang itu saya yang punya..sesungguhnya rindu itu hanya untuk saya.saya kesal kerna telah bertemu cinta yang melukakan sebuah pertalian yang diikat dengan kejujuran dan kepercayaan. Saya bukan mendoakan yang buruk untuk awak...
namun, saya sedar jauh di sudut hati saya betul-betul kecewa dan terluka dengan sikap awak.semoga suatu hari nanti akan ada balasan untuk yang harus menerimanya..awak yang dahulunya terbaik bagi saya kini merupakan mimpi ngeri yang paling buruk pernah berlaku dalam hidup saya. mungkin sukar bagi saya untuk melupakan setiap detik bersama awak, tapi saya mengerti setiap perkara yang berlaku ada hikmah disebaliknya. mungkin dulu saya tidak sedar akan perkara yang disembunyikan mahupun dirahsiakan itu.Tuhan itu maha adil..saya percaya dea telah menciptakan suatu cabaran untuk saya pelajari n fahami.saya tak kan salahkan awak  atas segala yang berlaku. walaupun saya sedar betapa bodohnya dipermainkan sampai tahap sebegini. mungkin saya bodoh bagi awak dan sekutu awak, tapi kebodohan itulah kepercayaan dan kejujuran yang saya letakkan pada diri awak dan hubungan kita.. tanpa menyedari semua yang berlaku hanyalah wayang semata. saya takkan mempertikaikan perasaan awak pada saya. biarlah hanya awak dan Tuhan sahaja yang mengetahui kebenaran itu. Mungkin ada yang enak didengar,mungkin juga ada yang perit untuk ditelan nanti. biarlah saya dengan keputusan untuk menjauhi perkara sebenar tersebut. perit saya lalui sekarang, semoga tenang saya kemudian. hari ini barulah saya terjaga dari lamunan harapan yang diselubungi kepalsuan. sudah tiada titisan jernih yang menemani.saya sangat berterima kasih pada yang maha kuasa akan petunjuk yang diberi sebelum saya melangkah lebih jauh hingga tersesat tidak menemukan jalan pulang. saya juga berterima kasih kerna menyelamatkan saya sebelum menyelam lebih dalam ke dalam lautan cinta tak berdasar yang akhirnya melemaskan diri sendiri kerna tak mampu kembali ke permukaan.

Wednesday, August 10, 2011

disebalik detik

15 hari da berlalu...
sunyi tanpa kamu
setiap hari berlalu dengan detik masa yang lambat
kadang-kadang terdiam aku..tatkala memori sejenak melintas
kadang-kadang tersenyum aku...ketika teringat saat indah bersamamu
kadang-kadang...sayu...sebak terasa..bila realiti kamu bukan milik ku lagi.
waktu begitu lambat berlalu...semoga pantas aku sembuh dari kronik masa
lama sudah ku tahu kamu yang ku mahu..
tp sekarang baru ku tersedar...kamu yang aku perlu...
kehilangan kamu itu mengajar aku akan indahnya bila disayangi dan dicintai..
hebatnya bila kita yang utama dan kita yang diperlukan setiap masa..
menghargai setiap detik bersama menjadi yang paling utama..
sehingga kini,aku masih meniti hari bertemankan kisah dan kenangan bersama kamu sayang,,
still loving u..<3

Monday, August 8, 2011

...T_T...

Semalam sy tgk pic awk...rindunyer...semua riak gembira..sy suka tgk...berkali-kali sy tgk.pelik ker?tape laa...mungkin pelik bagi org lain..tapi itula peneman sy sebelum tido. Saya lebih rela hidup dengan kenangan awk berbanding untuk teruskan hubungan dengan awk..sy tawu suatu hari nanti akan jadi lebih perit kalau saya teruskan sekarang.bukan saya tak berani untuk menghadapi dugaan ini, tetapi saya maukan kebahagian untuk awk...sakit yang saya alami akan hilang dek mase...saya tinggalkan awk walaupun bukan itu kerelaan saya..tapi itu laa yang paling wajar sy buat waktu ini..kenangan kita masih menghiasi setiap detik hidup saya..benar sy sayang dan cintakan awk...benar juga sy luka kan awk dengan meninggalkan awk...tp...sesungguhnyer benar juga sy lakukan semua ni untuk kebaikan bersama.maafkan saya sayang...saya sayang awak...tapi sy terpaksa akur dengan takdir...awk sudah ditakdirkan untuk dia...sy xmungkin jadi yang ketiga..biarla sy mengundur diri..biar la sy melangkah meninggalkan taman kasih ini..sesungguhnya sayang,apa yang kita sayang tidak semestinya harus dimiliki..

Saturday, July 30, 2011

sy syg awk sgt

awk...
sy rindu awk..
awk....
sy xtawu pun kita akn berakhir camnie
awk...
sy syg sgt kt awk..
hanya tuhan jek tawu aty nie cane
sy nk awk balik..tp itu xmgkin tjd..
sy nk cinta sy balik...tp itu mustahil..
sy rindu awk sgt..
smue tpt kte pegi,smue bnde kte wt..
byk memori mnis kte cipta bsme..
xsanggup sy nk hadapi
xrela sy biarkan awk berlalu
tp sy nk awk bahagia ngn dea..
terpaksa sy lepaskan awk bkn sb sy xsyg or xcinta awk..
sy buat nie sume sb sy syg sgt kt awk..
wlaupon sakit utk sy hadapi
tp..awk tawu sy syg awk sgt ckupla bg sy..
mungkin tiada jodoh kita disini..
bia la sy simpan & jaga cinta kte nie..
sy syg awk.T_T

Tuesday, July 19, 2011

rama-rama

hari ini...mengingatkan tentang semalam
semalam kisah kita berakhir
semalam kita pernah berkongsi cerita
hari ini...mengingatkan tentang semalam
ketika sejuk dihangati senyuman..semalam
ketika tangan ku digapai untuk mengejar impian..semalam
semuanya semalam...
tatkala hari ini,semalam adalah kenangan
indahnya kenangan bersama kamu sayang
bergelak..berlari..


semalam..kita bina sebuah taman kasih 
bunga-bunga cinta mekar nan harum disirami rindu 
taman kita indah syg..
akn tetapi...seketika cuma
ke mana perginya rama-rama yg dlunya beterbangan hinggap di pohonan bunga..?
bunga ku sepi


puas ku mencari..
di sebalik intaian malam pekat,akhirnya ku temukan jua
syg..mengapa?
di mana hilangnya rama-rama kesayangan ku?
puas ku mencari lagi
mundar mandir ku di taman indah itu
sekarang baru ku tawu..rama-rama itu telah ditangkap
sepi bunga-bunga ku
sepi taman ku
rama-ramaku bukan lagi milik ku
kembalikan rama-rama ku..
kembalikan ceria taman ku.

Wednesday, July 13, 2011

wish






(song by JL & Mackey-Rearview Mirror)


i cuddled on my bed
thinking of you..
its juz over.
i know its juz a phase..i'll be fine
but tonight im gonna cry
as..every drop of my tears..
every beat of my heart...
i wish u coming back...
and i...
i wish i could run away...
find a way....
a way to you...
i wish i could...love u much longer...
wish that i could be in your warm hug again..
but u never give a chance to understand..
and i....
i'll be fine without u
even though its the hardest time i face now..
so hard when u fall out of love..but it doesn't change the whole world..
his memories drift through the wind..every secrets we share will fade away..
everything i had with him..is owez sacred.

sumtyms...

sumtyms...i luv him too much.
sumtyms...i cared too much.
sumtyms...i cried too much.
some other time...i have to let go.

Sunday, January 16, 2011

fasa diri

kelam..
gelap..
hanya samaran cahaya menghias ruang kamar
sepi..
sunyi...
hanya deruan nafas
degupan jantung yg jelas kedengaran..
masih ku cuba lelapkan mata
namun..
gelisah..
gementar..
menguasai diri.
fikiran ku ligat mencari jawapan kepada pelbagai persoalan kehidupan
terselit juga risau dan gundah, melengkapi kekurangan.
permasalahan apakah yang berkurung di kotak fikiran ini
masih mencari jawapan untuk disimpulkan hingga lah..
ketapan hangat terasa..BERSAMBUNG....